BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 19, 2010

3 Perkara Yang Elok Disebut


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhir! at.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Saturday, January 9, 2010

KELUARGA BAHAGIA

Mohd Alias Bin Yusop...solo lg ni...hehe

Siti Khadijah binti Yusop dan suaminya.....
Izyan Nazihah binti Yusop dan suaminya Amirul Farid..
Addrina binti Yusop, suami dan anaknya..Izamin Syukri dan Ahmad Najwan
Abang sulong...muhammad Azmi bin Yusop dan isterinya Kamisah

Norwati binti yusop bersama suaminya....

Izamudin bin Yusop dan isterinya
Siti Rahmah dan suaminya
Husni bin Yusop dan isterinya..
Ibu yang ku sayang..Siti Zaleha binti Walat

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang...

SUMBER INSPIRASI KU

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

MAJLIS KONVO











Inilah serba sedikit gambar-gambar semasa majlis konvo kakak saya Izyan Nazihah..Majlis konvo ini telah berlangsung pada bulan ogos 2009 yang lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia..Majlis ini berlangsung dengan lancar sekali..Seronok tengok orang atas pentas..insyaallah panjang umur tahun 2011 saya plak konvo...semua dijemput datang ye...hehe..

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT


Muhammad Hafiz bin yusop telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2006.Maafkanlah segala silap dan halalkan makan minum beliau.Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh..AL-FATIHAH

RUMAH KU SYURGA KU




Inilah kediaman hamba:
Parit 9 ban 2 pasir panjang
45400 sekinchan
Selangor
0176369140

Friday, January 8, 2010

RAJA SEHARI AMIR & YAN










Selamat pengantin baru kepada Izyan Nazihah dan pasangannya Amirul Farid yang baru diijab kabulkan pada 13disember2009.Semoga perhubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat dan diperoleh zuriat yang soleh dan solehah..